Monday, August 4, 2008

Najib hormati keputusan Muhyiddin

04/08/2008 12:52pm


Datuk Najib Tun Razak bersalaman dengan peserta selepas merasmikan seminar Leadership in the public service di Intan Bukit Kiara, Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR 4 Ogos - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menghormati keputusan Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan Disember ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri percaya Muhyiddin sudah berfikir secara serius sebelum mengumumkan keputusan berkenaan semalam.

“Saya menghormati keputusan Muhyiddin.

Keputusan berkenaan juga menunjukkan Muhyiddin merupakan seorang yang boleh bekerja dalam satu pasukan.

“Selain itu keputusan berkenaan juga menunjukkan beliau menghormati kepimpinan parti dan peralihan kuasa yang dirancangkan,” katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai pengumuman Muhyiddin untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti Disember ini. - Utusan